Definisi dan kegunaan perubatan Asid asetik (kegunaan perubatan)

Sebagai titisan telinga ia digunakan untuk merawat jangkitan pada saluran telinga.[1] Ia boleh digunakan dengan sumbu telinga.[2] Sebagai cecair ia digunakan untuk mengosong pundi kencing pesakit yang menggunakan kateter urinari untuk mencegah jangkitan atau sumbatan.[3] Sebagai gel ia boleh digunakan untuk melaraskan pH di saluran faraj.[4] Ia juga boleh digunakan pada serviks untuk membantu mengesan kanser serviks semasa pemeriksaan.[5]

Kesan sampingan mungkin termasuk kepedihan (seperti terbakar) di tempat yang digunakan.[6] Reaksi alahan mungkin berlaku tetapi jarang.[6] Penggunaan bahan kimia ini tidak digalakkan pada telinga pesakit yang mempunyai lubang pada gegendang telinga.[7] Ia berupaya untuk melawanbakteria dan kulat yang merupakan penyebab untuk jangkitan luaran telinga.[7]